Kekalahan Malaysia : Adakah percaturan Raja boleh dipertikai??

Usah Panggil Pemain Ke Kem Kebangsaan, Kalau Sekadar Jadi Pelengkap



Kumpulan pertama : Asrarudin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Amar Rohidan, S.Kunalan, Amirulhadi Zainal, Ahmad Fakri Saarani, dan terbaru Ismail Faruqi Ashaari.

Kumpulan kedua : Baddrol Bakhtiar, Shakir Shaari, Ashaari Shamsudin, Rizal Fahmi Rosid, dan Azmi Muslim. 

Tahukah anda apa beza antara dua kumpulan pemain yang disenaraikan ini? Kumpulan pertama, favourite player Datuk K.Rajagobal yang terjamin tempat mereka dalam kesebelasan utama atau setidak-tidaknya sebagai gantian, langsung tidak tergugat walau seteruk manapun mereka beraksi di atas padang.

Manakala kumpulan kedua, pemain yang sekadar menjadi pelengkap senarai/kuota pemain walau sehebat mana aksi mereka bersama pasukan negeri masing-masing, atau sebagus manapun komitmen diberikan sewaktu sessi latihan skuad kebangsaan, berbanding pemain di dalam kumpulan pertama.

Harimau Malaya Akan Mengamuk



Skuad kebangsaan menjalani latihan di Wisma FAM menjelang perlawanan timbal balik menentang Singapura, Khamis ini.Seperti harimau yang terluka, skuad negara akan menentang Singapura esok dengan penuh keyakinan dan motivasi yang cukup tinggi dalam perlawanan timbal balik kelayakan piala dunia 2014. Dikhabarkan juga lebih 60,000 tiket telah terjual untuk perlawanan tersebut nanti. Jurulatih serta pemain-pemain negara jelas positif dan bersemangat untuk menunjukkan aksi mereka sebenar dalam perlawanan tersebut.

Apa Percaturan Harimau Malaya Selepas Ini?

Di atas kertas sememangnya peluang Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 masih terbuka. Namun selepas perlawanan pertama menentang Singapura, kelihatan skuad raja seolah-olah tidak berkemampuan menandingi Singapura. Penguasaan bola jelas berpihak kepada Singapura sehingga pada seketika penguasaan Singapura 70-30.

Malaysia Tewas 3-5 Kepada Singapura Dalam Perlawanan Pertama Pusingan Kelayakan Piala Dunia

SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini Sabtu malam.

Antara River Plate dan Pahang


KUALA LUMPUR, (D5) - River Plate bukan lagi 
sebuah kelab Argentina yang digeruni meskipun 
kaya dengan sejarah bola sepak Argentina. 

Mereka secara rasminya tersingkir ke Divisyen B 
selepas kalah kepada Belgrano dalam misi wajib
menang dengan dua gol dalam perlawanan 
terakhir mereka.

Gol kontroversi Drogba selamatkan Chelsea

Foto Menarik
Bola sepakan percuma  Drogba yang terkena tiang dan terkena penjaga gol malaysia sebelum melantun diatas garisan.

Foto MenarikPasukan Malaysia patut mendapat pujian kerana hampir menyaingi kehebatan pasukan ternama Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, apabila sekadar tumpas tipis 0-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis malam.

Meskipun kalah, skuad pilihan Malaysia adunan pemain muda dan beberapa bekas pemain senior dalam liga sup kendalian Ong Kim Swee, menampilkan aksi terpuji dengan mengekang gerakan Chelsea pada babak pertama dengan keputusan seri tanpa jaringan.

LIVE STREAMING : Pilihan Malaysia vs Chelsea

*cari malaysia lwn chelsea kt dalam table dibawah
*klik video kt sebelahnya
*pilih mana2 link selain link yg ada "register required"
*selamat menonton....


Match time (13 July 2011, 13:45 GMT

Apek terima kritikan mahu bukti nilai diri bantu Harimau Malaya

Foto
IDOLA Piala Suzuki AFF, Khairul Fahmi Che Mat mungkin berada dalam krisis ketika ada jari-jari yang kerap menuding ke arahnya sebagai punca gawang skuad Harimau Malaya terbolos banyak kali kebelakangan ini.
Namun, penjaga gol utama yang mesra dengan panggilan Apek tidak peduli gangguan seperti ini ketika detik getir menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia, zon Asia, Sabtu ini dianggap lebih penting.


“Inilah bola sepak. Anda harus kuat menerima kritikan. Saya dapat rasakan kritikan di sekeliling saya tapi ini hanya menguatkan tekad saya membantu kejayaan pasukan negara. Itu yang penting,” katanya.

Anelka jangka pertemuan sukar dengan Malaysia


Imbas kembali : Anelka melepasi benteng pertahanan Malaysia pada perlawanan persahabatan tahun 2008

Walaupun berdepan dengan kelembapan dan pengetahuan cetek mengenai skuad Olimpik Malaysia, pemain pertahanan kelab Chelsea, Ashley Cole, berazam mengekang pergerakan skuad negara pada perlawanan persahabatan di sini Khamis.

Tekad besar Aidil, Muslim

Tekad besar Aidil, Muslim
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my 
2011/07/19

PEMAIN skuad Olimpik Malaysia mendengar taklimat jurulatih Ong Kim Swee pada sesi latihan di MSN, semalam.
PEMAIN skuad Olimpik Malaysia mendengar taklimat jurulatih Ong Kim Swee pada sesi latihan di MSN, semalam.
Dua pemain tonggak janji kawal ketat kubu negara bendung Singapura 

TERBOLOS 14 kali, termasuk menghadiahkan lima sepakan penalti daripada empat perlawanan terakhir.
Jelas statistik ini bukan saja membimbangkan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal, tetapi juga peminat mengenai kerapuhan dan kepincangan benteng skuad Harimau Malaya menjelang pertembungan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, Sabtu ini.

Budak berani itu legenda: Rooney

Berita Harian

KOMEN Rooney di atas dalam twitter menceritakan kata-kata pujian bintang United itu kepada sifat berani pemuda tempatan tanah air (jersi 10) itu ketika menerima cemuhan penyokong Liverpool, baru-baru ini.
KOMEN Rooney di atas dalam twitter menceritakan kata-kata pujian bintang United itu kepada sifat berani pemuda tempatan tanah air (jersi 10) itu ketika menerima cemuhan penyokong Liverpool, baru-baru ini.
BINTANG sensasi Manchester United, Wayne Rooney menghambur kata-kata pujian ke atas seorang peminat Malaysia yang berani memakai jersi skuad Red Devils itu ketika menyaksikan sesi latihan Liverpool sempena Jelajah Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kelantan destinasi pertama CCFC



PARA peserta klinik pembangunan bola sepak CCFC bergambar kenangan sebelum memulakan sesi latihan di Kota Bharu semalam.




KELAB Bola Sepak Cardiff City (CCFC) telah memilih Kelan- tan ini sebagai destinasi pertama dalam siri program Jelajah 1Malaysia Cardiff City (1MCC-CCFC) membabitkan lapan jurulatih dari kelab tersebut.

Backheels penalty!!



The United Arab Emirates crushed Lebanon 6-2 in a friendly on Sunday. So perhaps in an effort to make things interesting and perhaps because he simply does not conform to acceptable standards of penalty kicks, the U.A.E.'s Awana Diab decided to attempt an absolutely ridiculous penalty kick. And it worked.
Diab's setup seemed like any other for a penalty, but as he ran up to the ball, he stopped, turned around and backheeled the ball toward the goal. Stunned by the audacity, madness and nerve it takes to try and score a penalty with your back to the goal, the keeper just stood and watched as the ball trickled into the net.

Perak Uji 8 pemain baru untuk Piala Malaysia

Perak akan menguji lapan pemain baru untuk menyarung jersi Seladang bagi menghadapi cabaran Piala Malaysia yang dijadualkan bermula September ini.

Lapan pemain yang dipanggil menjalani ujian itu merupakan pemain penyerang, tengah dan sayap yang mana amat diperlukan oleh Perak, kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

"Perak tidak menghadapi masalah di bahagian pertahanan dan juga tengah kerana barisan pemain yang sedia ada ternyata berwibawa," katanya.

Jepun Juara Piala Dunia Wanita



PASUKAN Jepun meraikan kejayaan menjadi juara bolasepak Piala Dunia Wanita selepas menumpaskan Amerika

AFF U-13 : Impian Malaysia terkubur

Berita Harian



PENJAGA gol  Malaysia Muhammad Aizat Roslim (kanan) cuba menampan tandukan penyerang  Indonesia, Andi Abdul Aziz Zulfikar  di Stadium Muang Thong Thani, semalam.CABARAN Malaysia pada kejohanan bola sepak Piala Asean Bawah 13 Tahun Yamaha 2011 berakhir apabila tumpas 4-0 ketika bertemu juara bertahan, Indonesia di Stadium Yamaha, Muang Thong Thani, semalam.Jurulatih negara, N Radakrishnan berkata, skuadnya sudah melakukan yang terbaik namun persiapan singkat enam hari bagi menghadapi kejohanan ternyata tidak mencukupi.

Misi Menjaga Maruah Malaysia

Norhafiz Zamani ketika menentang Chelsea pada 2008. 
Chelsea menang 2-0 Malaysia

Skuad Pilihan Malaysia telah memulakan sesi latihan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil petang semalam setelah mendaftar masuk di hotel penginapan pasukan, Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan.
Kim Swee turut mengingatkan para pemainnya supaya tetap mengambil serius perlawanan menentang Chelsea itu bagi menjaga maruah dan nama Malaysia.

Tewas tapi melawan

BIARPUN tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan petang semalam, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal sudah boleh tersenyum lega.
Ini kerana ada peningkatan yang dipamerkan pemain negara berbanding ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal Rabu lalu, terutamanya tindakan penyudah yang dinanti-nanti selama ini telah ditemui.

Safee Sali Enggan Rai Gol Dengan Penyokong Merah

Dua gol Safee Sali yang dijaringkan pada babak kedua menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan yang berkesudahan dengan skuad negara tewas 3-6 kepada liverpool telah cukup membuatkan pengendali skuad negara kita tersenyum.

Malaysia XI 3-6 Liverpool



Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini. 

LIVE STREAMING MALAYSIA VS LIVERPOOL

Link-link lain untuk menyaksikan MALAYSIA vs LIVERPOOL LIVE STREAMING @BOLA STATION

*cari malaysia lwn liverpool kt dalam table dibawah
*klik video kt sebelahnya
*pilih mana2 link selain link yg ada "register required"
*selamat menonton....


Match time (13 July 2011, 13:45 GMT

AFF U16 : Malaysia Kekalkan Rekod Tanpa Kalah.

AFF U16: MALAYSIA COMPLETE THEIR FIXTURES UNBEATEN

VIENTIANE (15 Julai 2011) - Malaysia melengkapkan jadual mereka dalam AFF Under-16 Championship di sini tanpa kalah apabila mereka berjaya mengalahkan Timor Leste 3-1 di Stadium Chao Anouvong di sini petang ini.

Walaupun tidak pernah kalah sebelum ini, Malaysia gagal untuk ke peringkat separuh akhir dan bermain menetang  Timor Leste yang bermain  dengan 10 pemain pada minit ke-82 hanyalah pelengkap kepada jadual peringkat kumpulan.

Perlawanan Malaysia-Timor Leste, yang tidak mempengaruhi  kedudukan kumpulan, telah dilangsungkan serentak dengan perlawanan antara Thailand dan Laos di Kompleks Sukan Negara.
Untuk rekod, Thailand dan Laos telah mendapat tempat mereka dalam separuh akhir sebelum perlawanan hari ini.

Bagi Malaysia, yang seri dengan Thailand, Indonesia dan Laos dalam perlawanan yang lebih awal, menang ke atas Timor Leste hari ini adalah kemenangan mereka yang pertama di kejohanan ini. 
Ia merupakan satu kemenangan psikologi bagi pasukan kerana mereka kini menumpukan perhatian mereka terhadap AFC Under-16.

Selepas melepaskan beberapa percubaab melalui penyerang Muhammad Ariff Farhan Isa pada minit kelapan dan ke-10, Malaysia akhirnya mendahului selepas tandukan Muhamad Akram Asidi, hasil bola lintang dari Muhamad Ariff, bola terus menerjah masuk melepasi jangkauan penjaga gol

Dengan hujan yang membasahi padang dan kelajuan permainan sedikit sebanyak menjadi perlahan, akhirnya pada minit ke-34, Nor Adam telah mengegarkan jaringan apabila 
Beliau mengesan penjaga gol lawan berada di luar posisi dan beliau terus melambung tinggi bola dan terus menjaringkan gol untuk kedudukan 2-0 malaysia di depan.

Timor Leste menjadikan 2-1 pada minit ke-49 apabila Francyatma Alves Ima Kefi melencongkan rembatannya dari atas garisan kotak penalti.

Pada minit ke-70, Muhamad Zahin Zainal Alam mengambil kesempatan daripada keadaan kelam kabut barisan pertahanan Timor Leste yang cuba untuk mengeluarkan hantaran lintang Muhamad Amirul Syafieq Mohd Isa Sham. Zahin berlari dan melepaskan rembatan kencang sehingga terlanggar penjaga gol lawan untuk kedudukan 3-1.

Itu adalah satu tamparan besar bagi Timor sebagai penjaga gol adalah satu-satunya pasukan itu telah. 
Penjaga pilihan tetap mereka yang pertama adalah overaged dan rayuan untuk bersaing di sini adalah ditolak. 
Jacinto Paulinho mengambil alih sebagai penjaga.

Lapan minit sebelum masa sebenar tamat, Goncalves Pina Mioses dari pasukan Timor Leste menerima kad merah kerana melakukan rempuhan keras ke atas Mohd Akram. Perlawanan berkesudahan dengan Malaysia 3-1 Timor Leste.

Safiq tekad pimpin rakan sekat jentera Liverpool cari keputusan terpuji



KAPTEN Harimau Malaya, Safiq Rahim akur moral pemain negara sudah luntur selepas kekalahan 4-0 kepada Arsenal kelmarin, tetapi yakin ia akan kembali memuncak sebaik latihan bersambung, semalam.
“Kami tewas kerana membiarkan lawan menjaringkan gol-gol mudah dan ia sedikit sebanyak melunturkan semangat kami,” kata Safiq yang ditemui sebelum sidang media perlawanan Jelajah EPL Asia 2011 antara Malaysia dan Liverpool, semalam.


“Bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana kami perlu bangkit melunaskan misi lebih penting pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Singapura 23 dan 28 Julai nanti. 

“Mungkin kami terlalu memandang tinggi kelab besar seperti Arsenal dan Liverpool sehingga permainan kami agak kelam-kabut, tetapi saya percaya kelemahan itu akan diatasi. 

“Saya yakin corak permainan lebih baik akan dipamerkan skuad kebangsaan pada perlawanan menentang Liverpool selepas ini sebagai persiapan terakhir kami sebelum ke Singapura.” 

Dia menambah pada peringkat ini, pasukan negara harus lebih fokus jika mahu melangkah lebih jauh pada saingan kelayakan ini. 
“Pengalaman bertemu Arsenal dan Liverpool amat bermakna untuk dijadikan bekalan pada perlawanan sebenar nanti,” katanya. 

"Arsenal dan Liverpool Peluang Uji Pemain." Rajagopal

pix_gal0


"TUMPUAN utama kami kini adalah menentang Singapura,” kata ketua jurulatih skuad negara, Datuk K Rajagobal dalam sidang media, semalam menjelang ujian getir kedua menentang bekas jaguh Eropah, Liver-pool, esok. 

“Dua perlawanan menentang kelab gergasi Inggeris - Arsenal dan Liverpool - adalah peluang terbaik untuk kami menguji pasukan sebelum bertemu Singapura dalam kelayakan Piala Dunia nanti.”
“Saya akur kekalahan 4-0 kepada Arsenal mengecewakan, tetapi setiap perlawanan memberi pengajaran dan pengalaman baru buat pemain beraksi lebih baik di masa akan datang.”


Semalam, Rajagobal hadir di sidang akhbar yang turut membabitkan pengurus Liverpool, Kenny Dalglish serta dua bintang The Reds - Dirk Kuyt dan Daniel Agger. Turut hadir kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim. 

“Saya pasti untuk perlawanan menentang Liverpool, pemain akan menggandakan usaha mempamerkan aksi lebih meyakinkan,” kata Rajagobal. 



“Kedatangan kelab gergasi selalunya memberi kami keyakinan untuk beraksi lebih baik dalam kejohanan di rantau ini dan ia terbukti berkesan selepas melayan kunjungan Manchester United pada 2009, kami muncul juara Sukan SEA tahun itu dan disusuli kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki tahun berikutnya. 

“Saya harap kedatangan tiga kelab gergasi sepanjang bulan ini akan memberi impak sama kepada senario bola sepak tempatan yang berdepan dua misi penting tahun ini - kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012,” katanya. 

FIFA WOMAN WORLD CUP : Jepun ke Perlawanan Akhir





Tokyo : Demam bolasepak wanita di Jepun semakin menjadi-jadi apabila skuad “Nadeshiko” mereka menewakan Sweden 3-1 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita ahad ini menentang Amerika Syarikat.


“Saya benar-benar mahu mereka menang supya kemenangan akan mengalakkan bukan sahaja Tohuko, tetapi di seluruh Negara.” Kata ahli perniagaan berusia 38 tahun,Seiji Eizumi merujuk kepada Negara tersebut yang dilanda genpa bumi 11 mac dan Tsunami.

Perdana Menteri Naoto Kan menyertai orang ramai bersorak dan memberitahu pemberita “ saya pasti mahu melihat mereka memenangi kejuaraan.” Melihat kepada gelaran mereka pula, Nadeshiko bermaksud bunga merah jambu yang melambangkan keindahan dan rahmat.

Jepun menjadi “giant killer” kepda pasukan tuan rumah,  Jerman apabila menewakannya pada suku akhir dan Sweden di separuh akhir. Jepun menduduki tempat keempat di dunia akan berhadapan Juara dua kali, Amerika Syarikat. Jepun hanya pertama kali melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Negeri Sembilan Perkuat Jentera Tengah dan Serangan


MENYEDARI cabaran pada saingan Piala Malaysia lebih sengit dan mencabar, Negeri Sembilan berhasrat mengambil
sekurang-kurangnya tiga pemain di posisi serangan dan tengah bagi menguatkan lagi kekuatan pasukan.
Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, beliau kini mengenal pasti pemain sesuai mengisi posisi terbabit.


Menurutnya, usaha mengukuhkan semula pasukan penting bagi mempertahankan reputasi Negeri Sembilan selepas dua trofi yang disasarkan sebelum ini iaitu Piala FA dan Piala Liga Super, terlepas.
“Setakat ini saya lihat dua bahagian itu perlu diperkuatkan kerana pasukan hanya menyandarkan harapan kepada Ahmad Fakhri Saarani, Hairuddin Omar dan Mohd Firdaus Azizul di bahagian serangan selepas Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut.


“Manakala di bahagian tengah, kita mempunyai Idris Karim dan Norhafiz Zamani Misbah yang kembali cergas namun tidak cukup memastikan pasukan berada pada tahap terbaik menjelang saingan berprestij itu nanti.


“Sekalipun kita ada beberapa pemain lain yang boleh diharapkan seperti Shahurain Abu Samah yang boleh membantu bahagian serangan, manakala Abdul Halim Zainal di bahagian tengah, kita tidak boleh meletakkan harapan tinggi kepada mereka itu kerana masih muda dan kurang pengalaman,” katanya semalam.
Bagi Azraai, bukan mustahil mencapai impian itu jika setiap pemain memberikan komitmen tinggi terhadap matlamat pasukan memburu kejuaraan.

AFF U16: Malaysia Pulang Awal



AFF U16: DRAW SEND LAOS, THAILAND INTO SEMIS, MALAYSIA BOW OUT
VIENTIANE (13 Julai 2011) - Laos dan Thailand mara ke separuh akhir AFF Under-16 Championship selepas tuan rumah, Laos dan Malaysia berkongsi mata dalam perlawanan Kumpulan B pada malam tadi di Kompleks Sukan Negara. Laos dan Thailand berjaya layak ke peringkat seterusnya dan akan bertembung sesama sendiri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, dan walaupun Malaysia masih ada satu lagi perlawanan , ia tidak akan cukup untuk memintas tempat pertama dan kedua.

Laos yang mendahului melalui Sisawad Dalavong dalam minit-minit akhir separuh pertama, dirayakan di depan lebih 9,000 peminat yang menyaksikan dalam hujan lebat untuk menyokong pasukan mereka. Malaysia kembali bernafas apabila memperoleh gol penyamaan pada minit ke-72 untuk kembali ke dalam permainan tetapi mereka tidak dapat menjaringkan gol kedua.
Laos dan Thailand mempunyai tujuh mata,Malaysia di tangga ketiga dengan tiga mata dan walaupun mereka menewaskan Timor Leste dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka, mereka hanya akan mempunyai maksimum enam mata.

HARIMAU TERCALAR - Poket Penganjur Penuh, Maruah Pemain Disemban




Kekalahan Pasukan Kebangsaan Malaysia kepada kelab gergasi eropah telah dijangka ramai pihak. Arsenal yang dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia berjaya memalukan sebuah pasukan kebangsaan dengan jaringan 4-0.


Menerusi serangan pertama ke arah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalti setelah Aidil Zafuan Radzak menjatuhkan Jack Wilshere. Ramsey yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan penjaga gol ke-3 negara iaitu Nasril untuk gol pertama Arsenal.


Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditanduk Alex Song ke arah penjaga golnya, Wojciech Szczesny. Pada minit ke-24, stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hampir memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang. Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke-36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.


Bermula babak kedua, Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagobal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Saarani.
Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gantian, Vela pada minit ke-58. Pada minit ke-67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Arshavin. Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke-90.
Kesimpulannya Malaysia teruk dibelasah oleh sebuah pasukan berstatus kelab. Maruah pemain serta maruah negara juga tercalar apabila ditewaskan dengan begitu mudah. Apa relevanya FAM menerima undangan penganjur untuk bertemu pasukan kelab? ianya tidak mendatangkan sebarang mata untuk pasukan kita dalam ranking FIFA. Memang patut Ultras Malaya tidak bersetuju dengan perlawanan ini. Perlawanan ini hanya menguntungkan penganjur dan mungkin FAM turut mendapat habuannya.
Jika mahu mengaut keuntungan sekalipun, mengapa tidak mengadakan perlawanan dengan pasukan negara yang lain,yang turut dibarisi pemain handalan dunia seperti Brazil, England, Jerman dan  Sepanyol? Dengan kehadiran penyokong sekitar 50,000 orang berbanding kapasiti stadium yang boleh memuatkan 80,000 hingga 100,000 orang menunjukkan bahawa peminat bolasepak negara mungkin tidak begitu ghairah untuk pergi ke stadium untuk menyaksikan pertunjukan macam ini. Malah bilangan penyokong malam tadi hanya separuh daripadabilangan penokong aksi final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu tempoh hari.
Selepas ini perlawanan persahabatan atau mungkin lebih patut disebut perlawanan pertunjukan antara skuad negara lagi ialah dengan menentang Liverpool pada 16 julai ini. Liverpool sebelum ini telah ke China untuk siri jelajah Asia nya menentang sebuah kelab di republik itu, Guandong. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Liverpool hanya menang tipis keatas Guangdong 4-3. Dan Liverpool ke sana menentang pasukan kelab dari China, bukan skuad negara China.
Mungkin perlawanan pertunjukan seperti ini lebih relevan jika Arsenal, Liverpool, dan Chelsea bertemu dengan pasukan Kelab dalam Liga Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Selangor atau membuat pasukan gabungan dari Liga M untuk menentang kelab-kelab Epl tersebut. Gabungan pemain dari liga kita ini perlu diberi nama lain seperti "Malaysia All Star" atau lain-lain dan tidak memakai jersi kebangsaan. Ini dapat mengelak daripada status skuad negara tewas di tangan pasukan kelab. Bagaimana pula dengan pendapat anda?
MUNGKIN KITA BOLEH BERBANGGA KELAB DARI EPL DATANG KE NEGARA KITA, TAPI BERBANGGAKAH KITA APABILA SKUAD NEGARA KITA DIBELASAH TERUK OLEH KELAB-KELAB INI?

Link yang lebih mudah Malaysia lwn Arsenal LIve Streaming

http://www.soccertvlive.net/watch/72913/1/watch-malaysia-vs-arsenal.html

Video live streaming Malaysia vs Arsenal



Match time (13 July 2011, 13:45 GMT

Pemain Import Kembali, Harimau Muda Ke Singapura



Pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia dibenarkan menggunakan khidmat dua pemain import mulai musim 2012.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagaimanapun berkata terdapat beberapa klasifikasi bagi pemain import untuk menjaga kualiti pasukan yang disertai.

Katanya pemain import dari negara-negara Asean dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua.

"Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun ini," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Tengku Abdullah berkata penggunaan pemain import bagaimanapun bukanlah wajib dan terbuka kepada persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja.

Pemain-pemain import mula beraksi dalam Liga Malaysia pada Liga Semi Pro 1989 sebelum FAM pada Ogos 2008 mengambil tindakan menamatkan khidmat mereka sejak 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pula berkata dua pasukan tercorot Liga Super musim ini, Pahang dan Perlis, akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

Juara dan naib juara Liga Perdana, Selangor PKNS dan Sarawak, pula dinaikkan ke Liga Super bagi musim 2012.

"Saingan Liga Super musim depan masih kekal dengan 14 pasukan.

Tempat Harimau Muda A akan diganti oleh pasukan dari Singapura, The Young Lions," katanya.

Perjanjian kerjasama antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura menyaksikan Harimau Muda A akan bersaing dalam Liga Singapura manakala "The Young Lions" akan beraksi pada liga elit Malaysia, Liga Super, bermula musim depan

Kelab Thailand Dapatkan Khidmat Bekas penyerang Liverpool.

FOWLER SIGNS FOR MUANG THONG FOR USD660,000 A YEAR

BANGKOK (10 Julai 2011) - Bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler telah menandatangani kontrak satu tahun bersama juara bertahan Thai Premier League (TPL), MuangThong bernilai hampir RM 2juta (USD660, 000).

Viluck Lohthong, timbalan presiden Thong Muang, berkata bahawa dia berharap dengan menandatangani Fowler, ia akan membantu untuk memperbaiki kedudukan semasa kelab itu yang kini berada pada kedudukan ke tiga dalam TPL.Viluck percaya bahawa dengan kehadiran Fowler, Thong Muang dapat menafikan pendahulu liga ketika ini iaitu Buriram PEA daripada dikalungkan mahkota TPL."Saya tidak bermain selama beberapa bulan tetapi saya akan cukup cergas apabila liga bermula semula. Saya tidak sabar untuk mencabar, "kata Fowler. "Muang Thong United adalah pasukan yang besar dan bermain bola sepak dengan baik."Fowler, yang telah menjaringkan 120 gol untuk Liverpool dari 1993-2001, berkata bahawa dia tidak harus mempunyai sebarang masalah menyesuaikan diri dengan cuaca panas atau menyesuaikan diri dengan rakan barunya di MuangThong.


"Saya telah bermain untuk banyak pasukan sepanjang tahun dan tidak mempunyaiapa-apa masalah dengan rakan baru. Tetapi apa yang paling penting bagi saya adalah untuk membantu kelab itu memenangi setiap perlawanan yang mereka mainkan, "tambah Fowler.