Recent Posts Widget

Misi Menjaga Maruah Malaysia

Norhafiz Zamani ketika menentang Chelsea pada 2008. 
Chelsea menang 2-0 Malaysia

Skuad Pilihan Malaysia telah memulakan sesi latihan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil petang semalam setelah mendaftar masuk di hotel penginapan pasukan, Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan.
Kim Swee turut mengingatkan para pemainnya supaya tetap mengambil serius perlawanan menentang Chelsea itu bagi menjaga maruah dan nama Malaysia.
“Kita dapat lihat pada dua aksi skuad kebangsaan menentang Arsenal dan Liverpool, gol yang dilepaskan cukup mudah. Jadi para pemain perlu berhati-hati mengelak daripada melakukan kesilapan mudah,” ujarnya.
“Kesemua pemain senior ini nampak sudah mula membentuk keserasian dengan pemain-pemain muda sedia ada dalam skuad Olimpik ini.
“Bertemu Chelsea ini merupakan satu perlawanan bagi pemain-pemain merasai pengalaman menentang bintang-bintang dunia.
“Mungkin bagi pemain-pemain senior ini, ia merupakan pentas untuk membuktikan bahawa mereka masih layak dipanggil menyarung jersi skuad kebangsaan,” kata Kim Swee
Sembilan pemain senior itu ialah Norhafiz Zamani Misbah, 30, Amri Yahyah, 30, Hairuddin Omar, 32, Badhri Radzi, 29, Daudsu Jamaluddin, 26, S. Subramaniam, 26, Shahrulnizam Mustapa, 30, Joseph Kalang Tie, 24, dan penjaga gol, Farizal Marlias, 25. Mereka bakal digabung bersama pemain-pemain berusia bawah 22 tahun yang menjadi tonggak skuad Olimpik negara.

Kim Swee juga menamakan Norhafiz Zamani Misbah sebagai kapten Pilihan Malaysia menentan Chelsea Khamis ini.