Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagaimanapun berkata terdapat beberapa klasifikasi bagi pemain import untuk menjaga kualiti pasukan yang disertai.
Katanya pemain import dari negara-negara Asean dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua.
"Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun ini," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Tengku Abdullah berkata penggunaan pemain import bagaimanapun bukanlah wajib dan terbuka kepada persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja.
Pemain-pemain import mula beraksi dalam Liga Malaysia pada Liga Semi Pro 1989 sebelum FAM pada Ogos 2008 mengambil tindakan menamatkan khidmat mereka sejak 2009.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pula berkata dua pasukan tercorot Liga Super musim ini, Pahang dan Perlis, akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.
Juara dan naib juara Liga Perdana, Selangor PKNS dan Sarawak, pula dinaikkan ke Liga Super bagi musim 2012.
"Saingan Liga Super musim depan masih kekal dengan 14 pasukan.
Tempat Harimau Muda A akan diganti oleh pasukan dari Singapura, The Young Lions," katanya.
Perjanjian kerjasama antara FAM dan Persatuan Bolasepak Singapura menyaksikan Harimau Muda A akan bersaing dalam Liga Singapura manakala "The Young Lions" akan beraksi pada liga elit Malaysia, Liga Super, bermula musim depan