AFF U16: Malaysia Pulang Awal



AFF U16: DRAW SEND LAOS, THAILAND INTO SEMIS, MALAYSIA BOW OUT
VIENTIANE (13 Julai 2011) - Laos dan Thailand mara ke separuh akhir AFF Under-16 Championship selepas tuan rumah, Laos dan Malaysia berkongsi mata dalam perlawanan Kumpulan B pada malam tadi di Kompleks Sukan Negara. Laos dan Thailand berjaya layak ke peringkat seterusnya dan akan bertembung sesama sendiri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, dan walaupun Malaysia masih ada satu lagi perlawanan , ia tidak akan cukup untuk memintas tempat pertama dan kedua.

Laos yang mendahului melalui Sisawad Dalavong dalam minit-minit akhir separuh pertama, dirayakan di depan lebih 9,000 peminat yang menyaksikan dalam hujan lebat untuk menyokong pasukan mereka. Malaysia kembali bernafas apabila memperoleh gol penyamaan pada minit ke-72 untuk kembali ke dalam permainan tetapi mereka tidak dapat menjaringkan gol kedua.
Laos dan Thailand mempunyai tujuh mata,Malaysia di tangga ketiga dengan tiga mata dan walaupun mereka menewaskan Timor Leste dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka, mereka hanya akan mempunyai maksimum enam mata.