FIFA WOMAN WORLD CUP : Jepun ke Perlawanan Akhir





Tokyo : Demam bolasepak wanita di Jepun semakin menjadi-jadi apabila skuad “Nadeshiko” mereka menewakan Sweden 3-1 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Dunia Wanita ahad ini menentang Amerika Syarikat.


“Saya benar-benar mahu mereka menang supya kemenangan akan mengalakkan bukan sahaja Tohuko, tetapi di seluruh Negara.” Kata ahli perniagaan berusia 38 tahun,Seiji Eizumi merujuk kepada Negara tersebut yang dilanda genpa bumi 11 mac dan Tsunami.

Perdana Menteri Naoto Kan menyertai orang ramai bersorak dan memberitahu pemberita “ saya pasti mahu melihat mereka memenangi kejuaraan.” Melihat kepada gelaran mereka pula, Nadeshiko bermaksud bunga merah jambu yang melambangkan keindahan dan rahmat.

Jepun menjadi “giant killer” kepda pasukan tuan rumah,  Jerman apabila menewakannya pada suku akhir dan Sweden di separuh akhir. Jepun menduduki tempat keempat di dunia akan berhadapan Juara dua kali, Amerika Syarikat. Jepun hanya pertama kali melayakkan diri ke perlawanan akhir.