IDOLA Piala Suzuki AFF, Khairul Fahmi Che Mat mungkin berada dalam krisis ketika ada jari-jari yang kerap menuding ke arahnya sebagai punca gawang skuad Harimau Malaya terbolos banyak kali kebelakangan ini.Namun, penjaga gol utama yang mesra dengan panggilan Apek tidak peduli gangguan seperti ini ketika detik getir menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia, zon Asia, Sabtu ini dianggap lebih penting.
“Inilah bola sepak. Anda harus kuat menerima kritikan. Saya dapat rasakan kritikan di sekeliling saya tapi ini hanya menguatkan tekad saya membantu kejayaan pasukan negara. Itu yang penting,” katanya.
KHAIRUL Fahmi Che Mat tidak mahu dua kekalahan kepada Arsenal dan Liverpool menjejaskan tumpuan skuad Harimau Malaya ketika digamit cabaran besar berdepan Singapura dalam pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2014, Sabtu ini.
Penjaga gol utama itu yang lebih mesra dengan panggilan Apek akur betapa perit dia melihat gawang pasukan negara terbolos 10 kali dalam perlawanan menentang dua kelab tersohor Liga Perdana Inggeris itu, minggu lalu tapi pantas menyuarakan dia tetap berfikiran positif dalam situasi tertekan ini.“Saya terasa kecewa tapi fokus adalah kepada usaha membendung jentera serangan Singapura,” katanya yang melepaskan tujuh gol ketika di benam Arsenal (4-0) dan Liverpool (6-3).“Kekalahan besar kepada dua kelab Inggeris menjadi satu pengajaran berguna kepada semua pemain untuk terus meningkatkan prestasi permainan.“Saya anggap keputusan dua perlawanan ini tiada sebarang kaitan dengan kecederaan bahu saya.
Peluang menentang lawan ternama ini memberi ruang memperbaiki kelemahan.”Khairul yang juga tonggak utama kejayaan Kelantan, musim ini turut menuntut kepada semua pemain supaya memberi tentangan sengit kepada Singapura.“Peluang kami membenam Singapura ada. Saya pasti ketua jurulatih (Datuk K Rajagobal) ada strategi tersendiri. Apa yang penting kita cuba dapatkan seberapa banyak gol di gelanggang lawan sebelum perlawanan timbal balik di Bukit Jalil 28 Julai ini.”