Keadaan yang sebenarnya pada malam itu ialah kesilapan percaturan oleh Rajagopal. Ini diakuinya sendiri setelah beliau memberitahu media bahawa beliau tidak menyangka benteng pertahanan Sang Singa begitu mudah untuk dimasuki. Adakah Raja tidak membuat homework tentang pasukan lawan sebelum perlawanan? Dilihat pada malam itu hanya S.Kunalan yang berfungsi memasuki kotak penalti lawan sebelum kemasukan Amirul Hadi Zainal. Safee pula seolah-olah berkeseorangan di bahagian depan dan apabila Malaysia membuat serangan hanya 3 atau 4 pemain saja berada di depan. Pertahanan pula tidak seorangpun ditukar setelah memberi persembahan yang mengecewakan sepanjang 90 minit. Pemain Singapura seolah-olah diberi ruang untuk membuat hantaran didalam kotak penalti Malaysia.
Buat masa ini, pertahanan negara yang dibarisi Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli sementara Mohd. Aidil Zafuan direhatkan kerana mengalami kecederaan. Pilihan yang ada pada bahagian simpanan ialah Mohd. Rizal Fahmi Ab.Rosid, Azmi Muslim dan Helmi Remeli. Diharap Raja mampu membuat sesuatu terhadap benteng pertahan.
Ketiadaan Safiq Rahim pula mungkin diisi Badrul Bakhtiar atau Ismail Faruqi kerana dua lagi pemain tengah Shakir Shaari dan Gurusamy lebih kepada Defensive Midfielder. Sayap pula seharusnya perlu diisi S.Kunalan dan Amirul Hadi Selain meletakkan penyerang sensasi negara, Safee Sali dengan Abdul Hadi jika Norshahrul masih belum pulih.
Penjaga gawang pada malam khamis ini pula mungkin Khairul Fahmi lebih diberi kepercayaan selepas aksi Sharbinee nampak kurang memuaskan. Apapun pemilihan pemain dan percaturan strategi oleh Rajagopal nanti diharap supaya Harimau tidak lagi dibuli Sang Singa di laman sendiri khamis ini.