Pelbagai khabar cerita tentang bintang bola sepak negara, Safee Sali yang dikatakan dirisik pasukan dari eropah (klik sini). Selepas beberapa kelab dari Jerman dikatakan berminat mengunakan khidmat penyerang Pelita Jaya ini, namun sehingga sekarang Safee belum menerima jemputan rasmi dari kelab tersebut.
Selepas pengambil alihan jutawan Malaysia ke atas pasukan yang beraksi di Epl, Queens Park Rangers oleh Tony Fernandes, Datuk Tony mengakui telah menghantar video aksi beberapa pemain Malaysia termasuk Safee Sali kepada jurulatih QPR, Neil Warnock. Namun setakat ini masih tiada tawaran rasmi.
Apa yang pasti, sah Safee sali mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama pasukan Cardiff city dibawah kendalian Malky Mackay minggu depan. Jika semua berjalan lancar, Safee bakal mengikuti ujian latihan selama 2 minggu bermula 12-27 September 2011. Surat memohon pelepasan dari Pelita Jaya juga sudahpun dihantar dan menunggu pelepasan dari kelab tersebut.
Diharap Safee Sali dapat memberikan aksi yang memukau bagi mendapatkan kontrak bersama Cardiff City.