4 Pemain Malaysia Dapat Tawaran Hebat??

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang

Sudah kecoh diperkatakan tentang tawaran-tawaran kelab asing untuk beberapa pemain kebangsaan kita. Isu ini semakin hangat diperbualkan di laman-laman sosial oleh para peminat bola sepak di negara kita. Safee yang beraksi di Indonesia Super League (ISL) bersama Pelita Jaya dikhabarkan mendapat tawaran kelab Bundesliga Jerman, Safiq Rahim ke ISL, Amirul Hadi ke Liga Jepun (J League), dan terbaru Badrul Bakhtiar diintai kelab EPL, Wigan... Sejauh manakah kebenaran ini??

Safee Sali yang bersama Pelita Jaya mengesahkan yang dia telah mendapat beberapa tawaran dari Kelab Bundesliga Jerman. Namun beliau tidak menamakan kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau itu. 

"Tawaran ini datang tepat pada masanya. Mungkin ini adalah betul-betul tawaran yang mahukan khidmat saya. Tawaran ini mungkin datang selepas saya menyertai skuad Malaysia menentang Singapura. Saya terkejut dengan panggilan ini, walaupun belum mendapat tawaran rasmi,Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak," Jelas Safee.
Ada juga khabar yang mengatakan bukan satu, tapi 4 kelab dari Bundesliga sedang memerhatikan penyerang terbaik negara itu. Kelab-kelab tersebut adalah FC Cologne, Stuttgart, Schalke 04, dan kelab dari divisyen 2, Hansa Rostock. Jika perpindahan ini berlaku, Safee Sali telah mencipta sejarah perpindahan paling hebat oleh pemain Malaysia. Safee juga berkemungkinan berpeluang beraksi dalam perebutan trofi Liga Juara-Juara Eropah. Ini sangat menakjubkan!

Kapten Harimau Malaya yang baru berusia 24 tahun, Safiq Rahim pula telah mendapat tawaran dari dua kelab Indonesia. Safiq yang juga telah menunjukkan minat terhadap tawaran tersebut bagaimanapun masih mempunyai kontrak sehingga hujung November ini bersama Selangor. Persib Bandung dan Persija Jakarta telah mendekati Safiq namun beliau hanya boleh memberi jawapan pada oktober tahun ini kerana kontraknya dengan Selangor masih belum tamat dan beliau ingin memfokuskan pada Piala Malaysia bersama pasukanya buat masa ini. Safiq juga berkata sememangnya dia ingin mencuba bermain di luar negara supaya dapat menimba ilmu dan pengalaman yang lebih luas sepanjang karier sebaga pemain bolasepak.

Selain daipada itu, Amirul Hadi juga turut dikaitkan dengan Kelab dari Indonesia. Beliau juga dikatakan mendapat perhatian dari kelab-kelab dalam Liga Jepun. Kesahihan khabar angin ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun jika benar Amirul Hadi dapat peluang untuk ke Liga J, ini memberi pengalaman berguna kepadanya. Diharap khabar ini bukan hanya khabar angin semata-mata.



Melengkapkan desas-sesus pemain-pemain dari Malaysia yang diintai Kelab luar ialah dengan Badrol Bakhtiar yang difahamkan Wigan Athletic dari EPL mempertimbangkan untuk memancing pemain sayap dan penyerang pasukan Kedah FA ini. Selain dari lariannya dan kemampuan menggelcek bola dengan baik yang menarik minat kelab tersebut, pemilihan Badrul dari Malaysia dikatakan kerana faktor potensi dan pertumbuhan pasaran yang besar dari rakyat Malaysia terhadap Liga Perdana Inggeris.

Jika penghijrahan hebat seperti ini berlaku, maka bola sepak Malaysia mendapat tanda aras baru bagi menaikkan mutu bolasepak negara kita. Bola sepak di negara kita bakal mempunyai standard yang lebih tinggi dan pemain-pemain remaja sekarang akan diukur dengan standard baru ini untuk bermain mewakili Malaysia. 

"cuba bayangkan jika Safee Sali dan Badrul Bakhtiar bernilai berjuta-juta pound..hehe"