Rumusan Skuad Negara Sebelum Pusingan Kedua Kelayakan Piala Asia


Selepas 3 perlawanan menentang negara teluk, Malaysia tewas kepada UAE ditempat lawan dengan jaringan 3-1 manakala seri menentang Bahrain 1-1 di laman sendiri untuk aksi kelayakan Piala Asia dan terbaru tewas di tangan Kuwait 3-0 dalam aksi persahabatan sebentar tadi.

Adakah pasukan kita masih berpeluang untuk menewaskan Bahrain di tempat lawan 15 November ini untuk mencerahkan peluang ke Piala Asia??

Dan mampukah Malaysia mencapai keputusan positif dalam perlawanan seterusnya menentang Qatar dan Yemen??

Kedudukan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia

Bahrain, 7 mata
Qatar, 6 mata
Malaysia, 4 mata
Yemen, 0 mata

Manakala 4 aksi kompetitif terakhir Malaysia sebelum ini

China 2-0 MALAYSIA
Uae 3-1 MALAYSIA
MALAYSIA 1-1 Bahrain
Kuwait 3-0 MALAYSIA

rumusan, bolos 9 gol dan menjaringkan 2 gol dalam 4 perlawanan terakhir.