Tiga Tokoh Paling Layak Menerajui Bolasepak Malaysia


Cukupkah anda mengenali ketiga-tiga tokoh ini?

Mereka ini mempunyai latar belakang berlainan, negeri berlainan, pasukan yang disokong berlainan, mempunyai tugas yang berlainan dan juga cara kerja berlainan. Tapi mereka ada satu matlamat yang sama iaitu memajukan bolasepak!

Mereka antara tokoh yang paling layak mengepalai pembentukan sukan bolasepak di Malaysia.

Bayangkan jika mereka bertiga menerajui FAM?

Bersatu tidak semestinya bersama. Begitu juga seperti kita para penyokong.

Apa guna bertekak? apa guna bergaduh jika matlamat akhir kita adalah sama. kita menyokong pasukan negeri berlainan tetapi menyokong pasukan negara yang sama! dan matlamat kita untuk melihat Liga Malaysia dan Pasukan Negara dikenali dan dihormati seluruh dunia.

Bersatulah Malaysiaku



Antara komen dari page facebook BOLA Station tentang ketiga-tiga tokoh ini :

Mohd Ramdan : Usaha TSAM untuk membuka mata FAM..Tetapi di pandang remeh..
TMJ berusaha tegas dengan suara hati nya.. dia tidak hirau ugutan FAM..

KJ membela 2 bapa pembangunan bola sepak ini.. KJ anak muda yang mengerti pengorbanan kedua-dua nya..


Putrra Hayalan : Wlaupun telah dikenakan tindakan,mreka msih lantang bersuara,tak mcm dlu kena hukuman trus diam ja..

Luqman Hakimie : 3 terbaik,tmj bnyk memajukn bola sepak terutama dijoho dan memperkenalkn liga kita dimate dunia,tsam bersuara lantang didalam bola sepak,kreatif membuatkan kelantan dpt trebble,kj seorang menteri yg tegas,mengkritik dgn lantang jatuh bngun bola sepak malaysia,respect!!!!!

Hanafi Muhamad : Ini Orang huh boleh jadikan pasulan bolasepak negara selangkah demi selangkah kehadapan bukan mcm FAM selangkah demi selangkah ke belakang dan terus mundur samalah la jugak dengan Rajabobal yg dengan experimentnya

Hez Bulloh : bg wa TSAM president(org lme perlukn pnglman dia),KJ timbalan(org muda mmbntu dlm ctusan idea2 bru),TMJ setiausha agung.(sma dgn KJ)