Pemilik Cardiff City |
“JIKA dahulu ramai orang tidak pernah terfikir rakyat Malaysia mampu memiliki kelab bola sepak di Eropah, namun percaya atau tidak, kita kini sudah mampu berbuat demikian."
“Sama seperti Mohd. Safee Sali dan Safiq Rahim, jika mereka berjaya mempamerkan aksi terbaik ketika menjalani latihan bersama Cardiff City, maka tidak mustahil untuk menyarungkan jersi Cardiff.”
Pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata demikian selepas memberi bayangan kepada kedua-dua pemain negara itu yang berkemungkinan mempunyai harapan cerah untuk menyertai pasukan yang dikenali sebagai Bluebirds itu yang berpangkalan di selatan Wales.
Mackay tertarik dengan gaya permainan Safee dan bakal menawarkan sesi ujian sekali lagi. |
Katanya, selepas Safee membuktikan kemampuan anak Malaysia ketika menjalani latihan bersama Cardiff selama dua minggu pada bulan lalu, ramai pihak di England mula membuka mata mengenai potensi pemain-pemain negara yang kini mula mendapat perhatian.
“Selepas Safee (Sali) menjalani sesi percubaan bersama Cardiff (City), ramai pihak di sini (England) mula menyedari pemain- pemain kita memiliki bakat yang begitu besar.
“Pengurus Cardiff, Malky Mackay selalu menghamburkan pujian kepada Safee yang begitu berdisiplin, rajin dan gigih semasa menjalani latihan bersama pasukan selain suka melihat gaya permainan Safee,” kata- nya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Tien Ghee yang mengambil alih Cardiff pada 27 Mei tahun lalu berkata, keputusan pemilihan pemain diserahkan kepada pengendali berasal dari Scotland itu memandangkan bekas pemain Queen Park Rangers tersebut yang menentukan pemain berdasarkan strateginya.
Safiq Rahim akan bersama Safee ke Cardiff City |
Jelasnya, beliau amat gembira dengan pencapaian Safee ketika menjalani latihan bersama Cardiff, namun Malky dikatakan ingin melanjutkan sesi percubaan kepada dua minggu lagi buat penyerang Pelita Jaya itu yang dijangka akan bersama dengan Safiq Rahim.
“Malky memberitahu yang beliau perlu- kan lebih banyak masa untuk menilai prestasi kedua-dua pemain itu (Safee dan Safiq) dan tempoh selama dua minggu yang Safee lalui sebelum ini terlalu awal untuk dinilai.
“Namun, ia merupakan suatu petanda yang positif kepada Safee (sekiranya dipanggil semula menjalani sesi percubaan) dan Safiq yang dijangka tiba awal November (di Cardiff).
Tambahnya, dengan pendedahan sebegini, kedua-dua pemain itu dilihat mampu menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak England dan mampu membantu negara dalam meningkatkan mutu permainan.
Penyerang handalan Asia Tenggara dan pemain tengah serba boleh, Safee dan Safiq akan menjadi kebanggaan negara sekiranya berjaya menyarung jersi kelab Eropah.
Namun, isu permit itu timbul berikutan syarat pihak imigresen di England yang me- netapkan, pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara yang menduduki ranking dunia ke-70 ke atas menjadi penghalang impian besar buat dua pemain harapan negara ini.
Menjawab mengenai isu permit kerja ini, Tien Ghee percaya perpindahan ini dapat dilaksanakan sekiranya Malky memberi ‘lampu hijau’ untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain ini.
“Saya mengakui agak sukar untuk Safee dan Safiq sekiranya mereka terpilih (bersama skuad Cardiff) untuk mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan ketat di negara tersebut.
“Malah, Safee pernah memberitahu kepada saya agar pemilihannya untuk bersama skuad Cardiff berdasarkan bakat dan tidak mahu diberi pilih kasih. Saya amat me- ngagumi keberanian Safee dan percaya dia mampu menjadi seorang pemain yang berjaya kelak.
“Namun, pihak kami akan bantu sedaya upaya mencari jalan penyelesaian dan membantu merealisasikan perpindahan sensasi ini (sekiranya Safee dan Safiq berjaya terpilih di dalam skuad Malky) mengikut undang-undang di England,” katanya.