HARIMAU MUDA HAMPIR MELAKUKAN UPSET

Skuad bimbingan Ong Kim Swee hampir melakukakn upset keatas pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun.

Harimau Muda mendahului seawal minit ke 9 apabila Thamil Arasu berjaya menanduk bola menerjah ke gawang lawan. Namun pasukan Korea Selatan menggandakan asakan dengan mendapat gol penyamaan empat minit kemudian sebelum mencetak dua lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama. Thamil Arasu sekali lagi muncul penjaring buat negara apabila merapatkan jurang jaringan pada minit 63. Tamat perlawanan Malaysia 2-3 Korea Selatan

ini adalah video perlawanan antara MALAYSIA menentang Korea Selatan