Tiga tonggak utama skuad Olimpik Negara iaitu Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, serta Fadhli Shas telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, Vion Zlate Moravce. Vion yang kini tangga ketiga dengan tiga kemenangan dua seri dan sekali tewas ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Slovan Bratislava.
Pemain yang terpilih ini bakal menyertai Vion sebagai pemain pinjaman selama tiga bulan, dan Vion akan menawarkan kontrak penuh sekiranya pemain-pemain ini dapat menunjukkan prestasi yang meyakinkan.
Pengendali skuad Olimpik, Ong Kim Swee pula berkata, urusan pijaman ketiga-toga pemain itu kini sedang diselesaikan dan andai muktamad, mereka tidak dapat pulang ke tanah air untuk berhari raya. Bagaimanapun mereka tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011 November depan.
Liga Corgon Slovakia mungkin tidak se gah Liga Perdana Inggeris serta liga-liga lain di Eropah. Namun selaku negara yang pernah layak ke Piala Dunia 2010, dan berada di ranking 29 dunia ketika ini, sememangnya mereka mempunyai liga tempatan yang sangat berkualiti. 3 pemain Harimau Muda juga mungkin berpeluang untuk beraksi dalam Liga Europa atau Liga Juara-Juara Eropah kerana juara Liga Corgon Slovakia dapat beraksi dalam playoff merebut tempat ke Liga Juara-juara Eropah, manakala pasukan kedua dan ketiga layak untuk beraksi dalam Liga Europa.
"Saya harap ketiga-tiga pemain ini membuka lembaran baru agar lebih ramai pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah . Biarlah Pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama." kata Ong Kim Swee