FAM disiasat



IMBAS KEMBALI... Penyerang Malaysia, Zaquan Adha Radzak (kiri) bersaing dengan pemain Zimbabwe, Voster Chitema pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai 2009.


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan disiasat pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih tidak mengetahui bentuk kes yang sedang disiasat FIFA.
Katanya, FAM telah menghubungi ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton kelmarin selepas difahamkan badan induk bola sepak dunia itu mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada 2009.
“Saya masih tertanya-tanya tentangnya. Apa yang saya tahu hanya melalui media. Tiada wakil FIFA pun yang menghubungi kami setakat ini.
“Jadi kami hubungi Chris Eaton semalam (kelmarin) bertanyakan tentang laporan media itu. Dia hanya memberitahu akan datang ke sini (Malaysia) minggu depan.
“Dia juga ada mengatakan satu surat penjelasan akan dihantar kepada FAM dalam minggu ini,” jelas Azzuddin semalam.
Bagaimanapun, Azzuddin mengakui, beliau hanya mengagak kemungkinan kes itu membabitkan perlawanan Malaysia-Zimbabwe.
Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun FIFA diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas ‘A’.
Jika dakwaan itu benar sekalipun, Azzuddin berkata, pihaknya menafikan ada membayar wang bagi menanggung perbelanjaan pasukan Zimbabwe ke negara ini.
“Apa yang saya tahu, kami menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.
“Jadi jika sudah ada surat sebagai komitmen, tentulah ia tidak boleh dipertikaikan. Takkan kami nak persoalkan pasukan itu skuad kebangsaan atau kelab,” tegasnya.
Terdahulu di Zurich, Setiausaha Agung Interpol, Ron Noble memberitahu FIFA bahawa Asia adalah kawasan ‘panas’ berkaitan rasuah dan sindiket menentukan keputusan perlawanan bola sepak

2 Gol Kelantan Dinafikan di Paroi

N. Sembilan 0-0 Kelantan
full time

Separuh masa pertama Kelantan banyak menyerang ke kubu Negeri Sembilan namun penyudah yang tumpul di barisan hadapan serta kedudukan offside Chanturu menafikan gol pendahuluan Kelantan. Pada babak kedua di masa kecederaan, penjaga garisan sekali lagi menafikan gol Kelantan dimana Pengadil menyatakan kedudukan Khalid Jamlus offside. Perlawanan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Kedudukan Khalid Jamlus yang dikatakan offside oleh penjaga garisan?

gol offside chanturu
gol offside khalid jamlus

Kelantan semakin mengganas

KELANTAN terus mengungguli persada liga selepas mencatat kemenangan kelima berturut- turut pada pusingan kedua Liga Super selepas membenam caba- ran Kedah 2-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Jaringan pembukaan oleh pemain veteran, Muhammad Khalid Jamlus (54) dan pemain yang menerima jolokan ‘Kelantan Ekspres’, S. Chanturu pada minit ke-66 sudah cukup meletakkan Kelantan tampil dalam kelas tersendiri.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menyifatkan perlawanan malam kelmarin sebagai antara aksi terbaik pernah dipamerkan selain mengagumi ketenangan para pemainnya ketika mereka kini berada dalam situasi yang tertekan untuk menguasai persada liga.
Menurutnya, kemenangan tersebut adalah lebih daripada sekadar tiga mata yang diperoleh, sebaliknya ia merupakan tonik terbaik untuk Kelantan ketika mereka bakal berkunjung ke Negeri Sembilan, Selasa ini sebelum berdepan Selangor dalam separuh akhir Piala FA.
“Perlawanan malam semalam (kelmarin) bukan mudah untuk kita. Kedah sebuah pasukan yang kuat dan konsisten. Mereka ada ramai pemain kebangsaan dan telah menunjukkan satu persembahan yang baik sehingga kita seri ketika aksi di Alor Setar.
“Namun kita bernasib baik kerana sokongan peminat yang membanjiri stadium memberi satu kekuatan kepada pemain untuk mencari kemenangan dan akhirnya mereka membuktikan pasukan terbaik mampu memenangi perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan oleh bari- san pemainnya sepanjang perla- wanan tersebut, terutamanya pemain gantian yang dilihat memberi impak yang berkesan kepada persembahan pasukan.
Jelasnya, kekuatan Kelantan bukan terletak kepada kesebela- san utama tetapi seluruh pasukan yang mana semua pemainnya memiliki kualiti dan bersedia diturunkan pada bila-bila masa yang diperlukan
“Saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh para pemain. Saya membawa masuk Khalid dan dia beraksi dengan baik serta menggunakan peluang yang telah diberikan. Hasilnya dia membuktikan dia masih seorang penyerang yang baik.
“Dalam pasukan tiada siapa mampu berkata mereka akan kekal dalam kesebelasan utama kerana saya sentiasa membuat pemantauan dan hanya yang terbaik akan disenaraikan kerana misi kita untuk memburu keme- nangan dalam semua perlawanan,” ujarnya.

Piya Semakin Menemui Rentak

VIDEO LIGA SUPER 2011 : JOHOR FC 0-1 KELANTAN


Kelantan masih memimpin liga dengan kelebihan jaringan dengan Selangor apabila menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium J Corp Pasir Gudang. Kelantan mendapat beberapa peluang  pada penghujung babak pertama dan usaha mereka berhasil apabila sepakan sudut Danial Fadzli ditanduk kapten Kelantan, Badri Radzi untuk kedudukan 1-0. Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat.



Keputusan lain :

Pahang 0 - 0 Felda Utd
N.Sembilan 3 -1 Perak
K.Lumpur 1 - 3 Selangor
Terengganu 3 - 1 Perlis
Kedah 1 - 1 Sabah

KELANTAN KEMBALI KE PUNCAK LIGA





BADRI (kiri) menjaringkan gol pembukaan Kelantan pada aksi menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu malam tadi.



KELANTAN berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super 2011 daripada Selangor selepas membenam Kuala Lumpur 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Skuad The Red Warriors itu melonjak ke tangga teratas liga setelah Selangor terikat 1-1 dengan Terengganu pada aksi malam kelmarin.
Jaringan daripada Badri Radzi pada minit ke-24 dan S. Chanturu (79) sudah cukup untuk meletakkan Kelantan di persada Liga Super dengan 33 mata, terikat dengan Red Giants namun memiliki kelebihan perbezaan jaringan.
VIDEO KELANTAN VS KL 30hb APRIL 2011