Recent Posts Widget

FAM disiasat



IMBAS KEMBALI... Penyerang Malaysia, Zaquan Adha Radzak (kiri) bersaing dengan pemain Zimbabwe, Voster Chitema pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai 2009.


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan disiasat pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, buat masa ini pihaknya masih tidak mengetahui bentuk kes yang sedang disiasat FIFA.
Katanya, FAM telah menghubungi ketua keselamatan FIFA, Chris Eaton kelmarin selepas difahamkan badan induk bola sepak dunia itu mengaitkan siasatan mereka dengan dua perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Zimbabwe pada 2009.
“Saya masih tertanya-tanya tentangnya. Apa yang saya tahu hanya melalui media. Tiada wakil FIFA pun yang menghubungi kami setakat ini.
“Jadi kami hubungi Chris Eaton semalam (kelmarin) bertanyakan tentang laporan media itu. Dia hanya memberitahu akan datang ke sini (Malaysia) minggu depan.
“Dia juga ada mengatakan satu surat penjelasan akan dihantar kepada FAM dalam minggu ini,” jelas Azzuddin semalam.
Bagaimanapun, Azzuddin mengakui, beliau hanya mengagak kemungkinan kes itu membabitkan perlawanan Malaysia-Zimbabwe.
Zimbabwe dikatakan hanya menurunkan skuad berstatus kelab pada perlawanan persahabatan itu walaupun FIFA diberitahu, ia satu perlawanan antarabangsa kelas ‘A’.
Jika dakwaan itu benar sekalipun, Azzuddin berkata, pihaknya menafikan ada membayar wang bagi menanggung perbelanjaan pasukan Zimbabwe ke negara ini.
“Apa yang saya tahu, kami menerima surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Zimbabwe untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.
“Jadi jika sudah ada surat sebagai komitmen, tentulah ia tidak boleh dipertikaikan. Takkan kami nak persoalkan pasukan itu skuad kebangsaan atau kelab,” tegasnya.
Terdahulu di Zurich, Setiausaha Agung Interpol, Ron Noble memberitahu FIFA bahawa Asia adalah kawasan ‘panas’ berkaitan rasuah dan sindiket menentukan keputusan perlawanan bola sepak