VIDEO LIGA SUPER 2011 l KELANTAN VS SELANGOR

Red Giants Tersungkur


KOTA BHARU – Kelantan terus mengekalkan rekod cemerlang beraksi di gelanggang sendiri setelah mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pendahulu liga, Selangor dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Jaringan tunggal penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha seawal minit keempat perlawanan sudah cukup untuk memastikan The Red Warriors terus unggul mengutip tiga mata penting bagi memburu kejuaraan liga pertama musim ini.
Beraksi dihadapan hampir 25,000 penyokong setia The Red Warriors, anak buah Datuk M Karathu turut mendapat suntikan semangat apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut berangkat mencemar duli menyaksikan perlawanan malam tadi.
Seawal minit keempat, pintu gol Selangor dibolosi menerusi jaringan Norshahrul Idlan. Berpunca lontaran ke dalam yang dilakukan Mohd Daudsu Jamaluddin ke dalam kotak penalti, Muhd Badhri Radzi menanduk ke belakang dan Norshahrul Idlan pantas menanduk masuk untuk gol tunggal Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Ternyata gol awal tersebut memberi kejutan kepada anak buah K Devan yang dilihat baru hendak menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan mereka dalam perlawanan itu.
Namun, dua minit kemudian, Selangor memperolehi peluang pertama untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak dekat P Gunalan yang menyaksikan penjaga go Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa menepis sepakan tersebut.
Pada minit kelapan, Kelantan hampir memperolehi gol kedua gara-gara kesilapan Azidan Sarudin yang tertampan bola ke gawang gol Selangor yang berpunca sepakan sudut Danial Fadzly Abdullah namun mujur penjaga gol, Saiful Amar Sudar berada tepat dikedudukannya menyelamatkan situasi merbahaya itu.
Pada m-23, pasukan pelawat sekali lagi hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik Mohd Nasriq Baharom yang sedikit melewati palang gol Kelantan berpunca sepakan percuma Shafiq Rahim sebelum itu.
Pada m-28, kesilapan Saiful Amar yang gagal membaca tepat rembatan Norshahrul Idlan daripada penjuru sebelah kiri padang hampir membawa padah apabila bola rembatan Norshahrul Idlan hanya melintasi pintu gol Selangor, namun tiada pemain Kelantan menyempurnakan rembatan tersebut.
Sementara itu, pada m-37, tindakan pemain tengah Selangor, Mohd Hardi Jaafar mengasari S Chanturu mengundang padah apabila dilayangkan kad kuning oleh pengadil pada perlawanan malam tadi.
Dua minit selepas itu, giliran Ketua Pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah pula melepaskan peluang terbaiknya apabila rembatannya ditepis Khairul Fahmi sementara S Subramaniam pantas menyepak keluar bola di depan pintu gol bagi menyelamatkan keadaan merbahaya itu.
Seminit babak kedua bersambung, kesilapan benteng pertahanan Kelantan yang lambat mengeluarkan bola daripada kawasan pintu gol  hampir dihukum menerusi rembatan Mohd Amri yang menyaksikan tiang gol menjadi penghalang bagi Selangor untuk menyamakan kedudukan.
Namun serangan balas pantas Kelantan seminit selepas itu turut hampa apabila rembatan kencang Danial Fadzly daripada luar kotak penalti diselamatkan Saiful Amar digawang golnya.
Tidak banyak percubaan menarik yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada aksi babak kedua, malah kegagalan jentera tengah Kelantan untuk menguasai bola dibahagian tersebut seakan-akan merencatkan corak serangan The Red Warriors untuk menjarakkan kedudukan dalam perlawanan malam tadi.
Satu-satunya peluang terbaik Kelantan hadir pada m-62 menerusi rembatan Mohd Nurul Azwan Roya yang menyaksikan Saiful Amar terpaksa melayangkan badannya untuk menepis keluar percubaan tersebut.
Pada m-67, Selangor sekali lagi kecewa untuk memperolehi gol penyamaan apabila rembatan padu P Gunalan ditepis keluar Khairul Fahmi sementara Mohd Nasriq pula lambat melakukan tindakan susulan apabila dikesan berada didalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.
Menyedari jentera serangan Selangor kurang bermaya dalam perlawanan malam tadi, Devan pantas melakukan perubahan taktikalnya dengan memasukkan tiga pemain dalam tempoh enam minit pada pertengahan babak kedua bagi menguatkan jentera depan pasukannya.
Percubaan terakhir Selangor menerusi rembatan kencang pemain gantian, Mohd Fadzli Shaari pada m-86 yang sekadar melintasi pintu gol Kelantan menutup terus peluang Selangor untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Kota Bharu malam tadi.

AMUKAN THE RED WARRIOR


KELANTAN 4
Mohd Izuan Salahuddin (m-40)
Norshahrul Idlan Talaha (m-51)
Mohd Nizab Ayub (m-69)
Muhd Badhri Radzi (m-73)

PERLIS 0
KOTA BHARU – Kelantan melonjak ke tangga kedua carta liga setelah mengalahkan Perlis 4-0 dalam aksi perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Beraksi dihadapan hampir 15,000 penyokong setia The Red Warriors, anak buah Datuk M Karathu bangkit daripada persembahan hambar pada separuh masa pertama biarpun mendahului satu gol dengan menampilkan persembahan lebih bertenaga pada babak kedua dengan ledakan tiga gol menerusi jaringan pemain yang berbeza.
Seawal minit keenam, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan The Red Warriors didepan namun rembatan kencangnya didalam kotak penalti sedikit melewati pintu gol Perlis.
Pasukan Perlis yang masih belum pulih daripada kekalahan besar di Kangar tempohari mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada m-24 menerusi rembatan kencang Muhammad Alif Aswat namun tersasar disebelah kanan pintu gol.
Selang seminit kemudian, giliran pemain pertahanan pasukan pelawat, Mohd Hafiszuan Salehuddin pula menguji kehebatan Khairul Fahmi Che Mat namun rembatannya tersasar disebelah kiri pintu gol Kelantan.
Pada m-26, Kelantan hampir memecahkan kebuntuan apabila Norshahrul Idlan yang menerima umpanan daripada Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi, bijak melepasi pemain pertahanan Perlis namun rembatannya pula diselamatkan penjaga gol Perlis, Mohd Amirul Rosli.
Pada m-36, Muhd Badhri turut mensia-siakan peluang terbaiknya apabila menyepak liar didalam kotak penalti pasukan Perlis. Seminit kemudian, anak buah Datuk M Karathu sekali lagi gagal menggembirakan penyokong setianya apabila lorongan cantik Mohd Shakir Shaari kepada Solehin Kannasian Abdullah berkesudahan dengan rembatannya sekadar melintasi pintu gol pasukan pelawat.
Begitu pun, pada m-40, penyerang muda, Mohd Izuan Salahuddin kembali menceriakan penyokong setia Kelantan apabila sepakannya dari luar kotak penalti tepat menerjah jaring sebelah kiri pintu gol Perlis untuk gol pertama Kelantan.
Pada m-51, penjaring gol terbanyak liga setakat ini, Norshahrul Idlan terus melebarkan kedudukan untuk Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua. Hantaran lintang Mohd Daudsu Jamaluddin mudah ditampan kemas sebelum sepakan kencangnya menewaskan Mohd Amirul digawang gol Perlis buat kali kedua.
Pada m-61, Solehin Kanasian yang menerima umpanan Danial Fadzly Abdullah gagal mengukuhkan kedudukan untuk Kelantan apabila rembatannya hanya tersasar beberapa meter daripada pintu gol Perlis biarpun Mohd Amirul sudah pun tertewas dalam situasi tersebut.
Lima minit kemudian, giliran Danial Fadzly pula mencemaskan pintu gol Perlis apabila percubaan jarak jauhnya memaksa Mohd Amirul menepis rembatan tersebut yang menyaksikan bola terkena palang selepas itu.
Pada m-69, Mohd Nizab Ayub menggembirakan penyokong setia Merah Putih apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan. Baru dua minit dimasukkan, Mohd Nizab bijak memanfaatkan ‘dummy’ yang dilakukan Danial Fadzly dengan merembat kencang didalam kotak penalti untuk menewaskan Mohd Amirul kali ketiga.
Pada m-73, pintu gol Perlis sekali lagi dibolosi kali ini menerusi jaringan Muhd Badhri. Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Daudsu, Muhd Badhri bijak meloloskan diri daripada situasi kelam-kabut didalam kotak penalti dengan merembat dekat untuk menghasilkan gol keempat Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
Ketinggalan empat gol, jelas pemain pasukan Perlis semakin tertekan malah tidak banyak percubaan merbahaya dilakukan oleh anak buah Mohd Salim Tofel Mohamad pada separuh masa kedua. Satu-satunya peluang terbaik mereka hadir pada m-78 menerusi sepakan percuma jarak 30 meter oleh Mohd Faiz Subri yang menyaksikan bola terkena palang gol Kelantan.
Kelantan seharusnya kembali ‘berpesta gol’ di Kota Bharu kalau tidak kerana kuisan Mohd Nizab pada m-83 terkena palang sementara rembatan pemain gantian, Muhammad Khalid Jamlus seminit selepas itu sedikit melewati palang.
Malah, gol jaringan Mohd Nizab pada m-87 turut dibatal oleh pengadil setelah dikesan berada didalam kedudukan ofsaid sementara sepakan lambung Muhd Badhri seminit selepas itu sedikit melewati pintu gol pasukan Perlis.
Gerakan menarik diantara Muhammad Khalid dan Danial Fadzly didalam kotak penalti pada minit-minit akhir perlawanan yang menyaksikan rembatan Danial Fadzly terkena tiang gol sebelah kanan pintu gol Perlis menutup tirai kemenangan berharga Kelantan dalam perlawanan malam tadi.


STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (7) Perlis (2)
Percubaan tersasar : Kelantan (7) Perlis (5)
Sepakan sudut : Kelantan (10) Perlis (2)
Sepakan percuma : Kelantan (16)  Perlis (17)
Offsaid : Kelantan (2) Perlis (4)
Kekasaran : Kelantan (15) Perlis (12)
Kad kuning : Perlis (Mohd Faiz Subri)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :  Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Perlis (45%)

LIGA SUPER 2011 : KELANTAN 4-0 PERLIS

Jaringan Izuan Solahuddin,NorShahrul,Nizab Ayub dan Badri Radzi

Pemai Import Suntik Kualiti

KEHADIRAN semula pemain import dalam Liga Malaysia andai dilihat daripada perspektif merancakkan bahang tontonan dan menarik ramai penonton membanjiri stadium mungkin menjadi satu realiti.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata hala tuju bola sepak negara, terutama dalam mendapatkan khidmat pemain asing, khasnya dalam Liga Super akan dibincang pada Jawatankuasa Penaja Persatuan badan induk itu akhir bulan ini.

Pada firasat beliau, bayangan hala tuju itu adalah bagi persediaan menghadapi musim 2012 seperti dipersetujui ahli gabungan FAM pada sesi percambahan minda, Oktober lalu.
“Pokoknya sekarang kita nak merancakkan lagi liga tempatan dan menarik lebih ramai penonton datang ke stadium menerusi cara meningkatkan lagi kualiti di liga tempatan,” katanya, semalam.

Mengulas mengenai prestasi penyerang sensasi negara, Safee Sali yang berpindah ke ke kelab Pelita Jaya di Indonesia, Tengku Abdullah berkata persembahannya yang mengumpul lima gol peribadi menerusi lima perlawanan yang disertainya sejak Mac lalu adalah perkhabaran baik.

Katanya, jejak langkah Safee itu diharap akan membuka mata lebih banyak pasukan negara lain mengambil pemain Malaysia bermain di luar negara.

Jangan Leka


KARATHU (tengah) menganggap pertemuan menentang Perlis malam ini sangat penting.


"JANGAN leka dibuai kejayaan lalu, sebaliknya berikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan."
Demikian ingatan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu kepada barisan pemain yang akan melayan kunjungan Perlis pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.
Menurutnya, meskipun mencatatkan kemenangan besar ke atas Perlis pada Selala lalu, beliau tetap menganggap pertemuan itu tidak boleh dipandang mudah, sebaliknya mahu pasukan itu berwaspada dengan kekuatan pemain muda skuad Singa Utara itu.
"Memang kita perlu mencari gol awal untuk menaikkan semangat pasukan dan juga memberi tekanan kepada pasukan lawan.
"Namun harus diingat, kita jangan bagi ruang kepada mereka untuk bergerak bebas. Saya rasa gol pertama nanti mampu mengubah rentak permainan kita dalam perte- muan ini," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, ini merupakan pelu- ang terbaik buat Kelantan untuk mengutip tiga mata di Kota Bharu dalam usaha meneruskan tekanan ke atas pasukan teratas.
Karathu memberitahu, meskipun beraksi di laman sendiri, beliau mahu barisan pemain meneruskan rentak cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan lalu.
"Jadi, pertemuan ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Mana-mana pemain yang diturunkan tidak boleh melakukan kesilapan. Saya mahu semua pemain memberikan komitmen terbaik.
"Dalam bola sepak, apabila kita mempunyai tiga peluang dalam satu masa dan salah satu daripadanya berjaya memperoleh gol, itu dikira sudah cukup baik," ujarnya.
Justeru, beliau mahu pemain tampil dengan lebih bernafsu ter- utama ketika berada di hadapan pintu gol lawan.
"Kita mencipta banyak peluang, namun dipersia-siakan. Saya tidak mahu situasi itu berulang. Selain kutipan mata, kadangkala jumlah jaringan gol juga boleh mempengaruhi kedudukan sesebuah pasukan untuk bergelar juara," katanya.
Ditanya mengenai percaturan taktikal bagi menghadapi Singa Utara malam ini, Karathu berkata, beliau sekali lagi bersedia untuk me- nurunkan barisan yang sama ketika aksi di Kangar minggu lalu.
"Semua pemain bebas daripada kecederaan kecuali S. Chanturu. Keputusan sama ada dia diturunkan atau tidak hanya akan ditentu- kan esok (ini).
"Saya juga sedang memikirkan untuk merehatkan satu dua pemain sekiranya perlu bagi menghadapi perlawanan menentang Selangor pertengahan minggu depan.
"Kita tengok dulu keadaan macam mana, semuanya bergantung pada situasi semasa. Penting juga untuk kita merehatkan beberapa pemain bagi menghadapi perlawa- nan menentang Selangor yang kita nanti-nantikan selama ini," katanya.

Jangan Pandang Perlis Lemah

Perlis gagal memanafaatkan bermain di halaman sendiri selasa lalu selepas dibelasah 5-1 oleh The red b_250_200_16777215_0_https___lh5.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TDR_L0iN1GI_AAAAAAAAC4Q_OWg79KQ4_zU_20.jpgwarriors (TRW), menduduki tangga tercorot liga super untuk pusingan pertama amat perit untuk ditelan. Namun TRW jangan memandang mudah dengan kehebatan Perlis . Ketua Jurulatih Perlis, Mosthakeen Omar mungkin akan membaiki kelemahan yang ada.
22 April ini pusingan ke-2 liga super akan bermula,yang mana TRW akan menanti kunjungan Perlis di Stadium Keramat ,mungkin Perlis akan dikejutkan lagi,atau TRW dikejutkan dari pasukan tercorot ini,ada kemungkinan ke….??.
TRW perlu fokus pada pusingan ke-2 ini,agar tidak berkeciciran mata dan ditinggalkan selangor, Terengganu,Perak dan Kedah. Anggaplah Pusingan ke-2 ini misi membalas dendam kepada pasukan yang telah membelasah kelantan.
Syabas kepada penyokong tegar TRW yang masih memberi kepercayaan dan pengharapan 100% terhadap TRW, tahniah kepada tenaga kerja TRW yang bertungkus lumus untuk memastikan TRW mengekalkan prestasi yang lebih baik. Semoga pusingan pertama lalu banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada Datuk M Karathu bagi membaiki formasi yang lemah.

KELANTAN 5-1 PERLIS

MENGHARUNGI dua perlawanan yang cukup mengecewakan terutama ketika tumpas di tangan pasukan Perak sebelum diikat Sabah di laman sendiri sehingga menimbulkan keresahan peminat pantas diubati oleh skuad The Red Warriors.
Lima gol yang diledak Kelantan ketika membenam cabaran Perlis di Stadium Utama, Kangar malam kelmarin membuktikan gergasi Pantai Timur itu masih berhasrat untuk memburu takhta Liga Super musim ini.
Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menyifatkan kemenangan tersebut cukup bermakna buat pasukannya selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan sebelum ini selain bertindak sebagai tonik kebangkitan buat pasukannya pada pusingan kedua liga yang bermula esok.
Menurutnya, disiplin serta semangat untuk memenangi perlawanan adalah kunci utama kejayaan dan berharap momentum tersebut dapat diteruskan serta melupakan pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pemain. Kemenangan ini amat berharga buat kita dalam usaha merapatkan kembali jurang mata dengan dua pasukan di tangga teratas liga.
"Aksi sebegini mesti diteruskan jika mahu meneruskan tekanan ke atas pencabar terdekat. Ini merupakan kemenangan kedua kita di tempat lawan selepas berjaya menumbangkan Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih awal Januari lalu," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, beliau tidak menolak faktor kehadiran semula tiga tonggak utamanya, Norshahrul Ildan Talaha, Daudsu Jamaluddin dan Mohd. Shakir Shaari membolehkan Kelantan beraksi pada tahap sebenar.
NORSHAHRUL (kanan) meledak dua gol 
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd. Badri pada minit ke-46, 66 dan 78, serta dua gol Norshahrul Idlan minit ke-6 dan ke-43.