Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkata hala tuju bola sepak negara, terutama dalam mendapatkan khidmat pemain asing, khasnya dalam Liga Super akan dibincang pada Jawatankuasa Penaja Persatuan badan induk itu akhir bulan ini.
Mengulas mengenai prestasi penyerang sensasi negara, Safee Sali yang berpindah ke ke kelab Pelita Jaya di Indonesia, Tengku Abdullah berkata persembahannya yang mengumpul lima gol peribadi menerusi lima perlawanan yang disertainya sejak Mac lalu adalah perkhabaran baik.
Katanya, jejak langkah Safee itu diharap akan membuka mata lebih banyak pasukan negara lain mengambil pemain Malaysia bermain di luar negara.