Setelah Oman menolak untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menetang skuad negara serta pembatalan dari FAM untuk menerima pelawaan Indonesia atas alasan takut kalah dan takut kehilangan kepercayaan penyokong, Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Selangor semalam. Kesebelasan utama Malaysia ialah Farizal Marlias, Helmi Remeli, Rizal Fahmi Rosid, Norhafiz Zamani Misbah, Asrarudin Putra, Amirul Hadi, Amar Rohidan, Shakir Shaari, Badrul Bakhtiar, Safiq Rahim serta Safee Sali gagal untuk mencatat kemenangan.
Walaupun ianya sebuah perlawanan persahabatan, namun kegagalan dari pemain-pemain pilihan dan terbaik di Malaysia ini adalah satu yang kurang sedap didengar. Apatah lagi bertemu pasukan tempatan yang merelakan pemain utamanya bersama pasukan kebangsaan. Adakah pemain-pemain yang dipilih tidak berkualiti atau Rajagopal yang membuat strategi syok sendiri?
Setelah tewas kepada Sinagpura dalam kelayakan piala dunia baru-baru ini, Semua pihak tertanya-tanya akan corak permainan Malaysia yang nampak kurang menyengat, barisan yang diturunkan Raja juga dipersoal setelah menurunkan pemain yang sama sejak memenangi Piala AFF walaupun pemain itu tidak berfungsi dengan baik dan tidak cergas sepenuhnya.
Raja dilihat seperti syok sendiri dan angkuh berdasarkan kenyataannya di akhbar-akhbar tempatan. Kedudukan Raja sekarang ini mungkin akan tergugat dan mungkin calon yang sesuai untuk mengantikan beliau alah Ong Kim Swee. Memanglah kita tidak boleh mengukur dan menghukum berdasarkan satu dua perlawanan. Tetapi apabila melihat sentuhan antara kedua-dua jurulatih ini, nampak jelas idea dan strategi Ong lebih menjadi berbanding Raja. Jika dilihat ketika perlawanan dengan kelab-kelab BPL, Himpunan pemain terbaik di Malaysia dibawah sentuhan dan kendalian Rajagopal dibelasah 4-0 oleh Arsenal dan 6-3 oleh Liverpool manakala skuad bidan terjun Ong Kim Swee yang mencampur adukkan barisan "pilihan kedua terbaik di Malaysia" dengan skuad bawah 23 tahun negara berjaya mengekang chelsea sebelum tewas 1-0 menerusi sepakan percuma drogba yang melantun diatas garisan.
Kekalahan demi kekalahan Skuad negara dengan yang terbaru tewas 1-0 kepada Selangor memberi tamparan kepada peminat yang baru sahaja mempercayai skuad negara. Dengan perlawanan semalam dimana Selangor lebih agresif mencipta peluang dengan dua kali percubaan terkena palang sepanjang perlawanan yang akhirnya gol pada minit ke 65 oleh Rudie Ramli memberi pengajaran kepada Harimau Malaya.
Apapun diharap penyokong skuad Harimau Malaya terus memberi sokongan, semangat, dan kritikan membina bagi pasukan negara kita untuk terus berjaya. Sememangnya kalah dan menang adat pertandingan, namun kesilapan dan kelemahan dalam kekalahan haruslah dibaiki. Semoga Harimau Malaya terus bangkit!
>>> Agak2 nya apa alasan Rajagopal berikutan kekalahan kepada selangor..? sama-sama kita tunggu...