Ringkasan Pasukan-Pasukan Bertanding Piala Malaysia 2011

Setelah undian Piala Malaysia 2011 telah dibuat, kelihatan kelebihan dijangka berpihak kepada
Kelantan dan Selangor ketika saingan peringkat kumpulan nanti.
Juara bertahan, Kelantan diundi dalam kumpulan C bersama pasukan Johor FC, Felda United dan Sarawak manakala Selangor berada dalam kumpulan D bersama T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM.
Kedua-dua pasukan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara ke perlawanan suku akhir pada Oktober nanti.
Sementara itu kumpulan B bakal menyaksikan pertarungan sengit apabila juara Piala FA yang juga naib juara Liga Super 2011, Terengganu diundi bersama juara 2009 dan naib juara Piala Malaysia tahun lalu, Negeri Sembilan selain juara liga Perdana 2011, Selangor PKNS dan pasukan berstatus kelab yang sedang meningkat naik, KL Sime Darby.
Kumpulan A pula menyaksikan pertarungan semua pasukan negeri iaitu Kedah, Perak, Sabah dan Johor.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan akan diadakan seawal seminggu selepas umat Islam menyambut syawal iaitu 6 september depan. Namun dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku. tidak mustahil pasukan pilihan dapat dijinakkan nanti.
Kumpulan A : Kedah, Perak, Sabah, Johor.
Saingan nampak lebih terbuka bagi kumpulan ini. Namun bagi Perak, kemungkinan 5 pemain mereka akan digantung FAM merisaukan pengendali Seladang itu,Norizan Bakar. Kedah pula diramal tiada masalah untuk layak ke pusingan suku akhir dan Sabah mungkin berpeluang untuk mengintai satu lagi slot dalam kumpulan ini. Namun pasukan Johor yang menghuni tangga ke-empat liga perdana juga mungkin boleh memberi kejutan kepada pasukan liga super.
Kumpulan B : Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor PKNS, Sime darby.
Kumpulan ini boleh dianggap kumpulan paling perit untuk pasukan-pasukan mendapat slot ke suku akhir. Jika diiukutkan diatas kertas, Terenggganu selaku naib juara liga super 2011 tiada masalah untuk layak ke suku akhir, namun pakar pusingan kalah mati, Negeri Sembilan dilihat saingan paling hebat Terengganu. Selain itu pasukan berstatus kelab, PKNS tidak boleh dipandang rendah. keupayaan pasukan ini yang hanya tewas sekali sahaja dalam liga perdana perlu diberi perhatian oleh pengendali pasukan pilihan, Terengganu dan N9. Sime Darby pula telah menunjukkan taringnya menentang pasukan liga super, Pahang dalam perlawanan playoff untuk layak ke Piala Malaysia.
Kumpulan C : Kelantan, Johor FC, Felda United, Sarawak.
Penyandang Juara Piala Malaysia, Kelantan boleh menarik nafas lega dalam kumpulan C. Jika dilihat kepada prestasi semasa, Kelantan dan Johor FC akan merebut tempat pertama dan kedua dalam kumpulan. Ini berikutan prestasi yoyo yg ditunjukkan pasukan Felda United. Tapi harus diingat kerana Felda mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman. Manakala, naib juara Liga Perdana 2011, Sarawak semestinya ingin menunjukkan prestasi terbaik dalam Piala Malaysia dan bukan hanya menjadi pasukan pengacau untuk perebutan ke peringakat seterusnya.
Kumpulan D : Selangor, TTeam, Kuala Lumpur, PDRM.
Selangor dan TTeam pula seharusnya mengunakan peluang mereka yang mempunyai barisan pemain-pemain lebih mantap dari Kuala Lumpur yang menghuni tangga ketiga tercorot Liga Super dan pasukan dari Liga Perdana, PDRM. Selangor selaku pasukan antara pasukan elit Liga Super tidak boleh mempersiakan peluang untuk ke pusingan kalah mati.