Giliran Safiq ke Eropah

Selepas 3 pemain harimau muda berjaya memikat kelab dari Slovakia, kini giliran Safiq Rahim menerima tawaran daripada kelab Eropah. Pemain tengah Selangor yang berusia 24 tahun itu telah menerima surat rasmi dari Cardiff City untuk menjalani ujian selama 3 minggu disana Oktober ini.

Pengurus Cardiff City, Malky Mackay dikatakan terpikat dengan aksi Safiq ketika melihat aksi nya menentang Liverpool dan Arsenal Julai lalu.