SAFIQ RAHIM : "Kami Akan Berikan Aksi Terbaik".

Imbas Kembali : Aksi Safiq Bersama Penyerang Manchester United, Michael Owen
“KAMI akan berikan aksi terbaik menentang Arsenal,” kata ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim menjelang perlawanan persahabatan menentang The Gunners di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini. 

Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran, pemain tengah Selangor itu berkata, dia dan rakan-rakan tidak sabar menguji kehebatan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Menurutnya, perlawanan menentang salah satu kelab Big Four di EPL itu adalah bonus bagi skuad kebangsaan mempersiapkan diri terutama dalam perlawanan penting seperti kelayakan Piala Dunia 2014 dan kelayakan Olimpik London 2012. 

“Kami akan berusaha memberikan aksi permainan yang terbaik kepada seluruh peminat bola sepak tanah air, seterusnya menjaga status sebagai jaguh rantau Asia Tenggara. 

“Perlawanan ini sebagai persediaan bertemu Singapura dalam pusi-ngan kedua kelayakan Piala Dunia 23 Julai nanti,” katanya. 

Kali terakhir Arsenal bermain di Malaysia pada 1999, selepas Kuala Lumpur Arsenal akan meneruskan Siri Jelajah Asia 2011 ke China.