Safiq dan Safee ke Cardiff November ini

Pemilik Cardiff City
“JIKA dahulu ramai orang tidak pernah terfikir rakyat Malaysia mampu memiliki kelab bola sepak di Eropah, namun percaya atau tidak, kita kini sudah mampu berbuat demikian."

“Sama seperti Mohd. Safee Sali dan Safiq Rahim, jika mereka berjaya mempamerkan aksi terbaik ketika menjalani latihan bersama Cardiff City, maka tidak mustahil untuk menyarungkan jersi Cardiff.”

Pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata demikian selepas memberi bayangan kepada kedua-dua pemain negara itu yang berkemungkinan mempunyai harapan cerah untuk menyertai pasukan yang dikenali sebagai Bluebirds itu yang berpangkalan di selatan Wales.


Aksi Yong Kuong Yong Pikat Rajagobal


Prestasi semasa pemain sayap Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong telah menarik perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal untuk diserapkan ke dalam senarai awal 26 pemain skuad kebangsaan yang akan menjalani latihan pusat bermula 28 September 2011 hingga 4 Oktober 2011 untuk berhadapan dengan pasukan Naib Juara Piala Asia 2011, Australia. Perlawanan tersebut akan diadakan pada 7 Oktober 2011 di Canberra, Australia sebagai persiapan pasukan tersebut untuk menentang Thailand.