SKUAD B-22 negara tampak sudah bersedia berdepan 'gelora' Jepun pada aksi sulung Kumpulan C, pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Rabu ini, walaupun tewas kepada Oman 1-0 pada aksi persahabatan terakhir di Stadium UiTM, Shah Alam, petang semalam.
Oman yang singgah sebelum bertemu Korea Selatan pada aksi sulung Kumpulan A di Changwon, juga Rabu ini memiliki reputasi hebat selepas menyingkirkan Tajikistan pada pusingan pertama dan China pusingan kedua serta menjuarai Piala Teluk B-23, bulan lalu.
Namun, skuad Olimpik negara jelas lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan berbahaya A Thamil Arasu, Wan Zack Haikal, Izzaq Faris Ramlan dan Nazmi Faiz Mansor tetapi dihukum rembatan kencang Hussain Ali Al Hadhri yang menghasilkan gol kemenangan Oman pada minit ke-41.
“Satu persembahan yang cukup baik terutama pada babak kedua apabila pemain menunjukkan kesungguhan untuk mencari gol penyamaan. Ia perkembangan positif dan bagi saya keputusan perlawanan ini tidak begitu penting.
“Cuma kita hilang fokus seketika dan dihukum pihak lawan. Harap ia menjadi pengajaran berguna kepada pemain supaya tidak leka biarpun untuk tempoh sesaat apabila berdepan Jepun,” kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee ketika ditemui selepas perlawanan.

sumber : bh