Giliran Safiq ke Eropah

Selepas 3 pemain harimau muda berjaya memikat kelab dari Slovakia, kini giliran Safiq Rahim menerima tawaran daripada kelab Eropah. Pemain tengah Selangor yang berusia 24 tahun itu telah menerima surat rasmi dari Cardiff City untuk menjalani ujian selama 3 minggu disana Oktober ini.

Pengurus Cardiff City, Malky Mackay dikatakan terpikat dengan aksi Safiq ketika melihat aksi nya menentang Liverpool dan Arsenal Julai lalu.

Fernandes sudah hantar video pemain Malaysia ke QPR




KUALA LUMPUR, (D5) - Pemilik baru kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes menyatakan kesediaannya untuk mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan.

3 Pemain Harimau Muda dipinjamkan Ke sebuah kelab di Slovakia

Tiga tonggak utama skuad Olimpik Negara iaitu Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, serta Fadhli Shas telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, Vion Zlate Moravce. Vion yang kini tangga ketiga dengan tiga kemenangan dua seri  dan sekali tewas ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Slovan Bratislava.

KBS sedia jalin kerjasama dengan QPR - Ahmad Shabery



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia mengkaji jalinan
kerjasama dengan kelab Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang 
dimiliki Tan Sri Tony Fernandes untuk program pembangunan bola sepak negara 
sekiranya kelab tersebut mempunyai akademi latihan yang baik.

Fernandes pemilik QPR


pix_gal0
Datuk Seri Tony Fernandes - pemilik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia - sudah berjaya melengkapkan misi mengambil alih Queens Park Rangers, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Usahawan Malaysia itu kini sudah disahkan selaku pemegang saham 66 peratus kelab berkenaan daripada bekas pemegang, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.
Fernandes, 47, yang juga pemilik pasukan Formula Satu, Team Lotus akan bergandi­ngan dengan keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus saham dalam kelab berkenaan.“Saya adalah peminat setia West Ham sejak kecil tapi saya juga meminati QPR dan anggap mereka permata yang belum digilap. Saya sentiasa mahu terbabit dalam bola sepak sejak kecil dan tidak mahu menolak tawaran baik ini,” katanya.

4 Pemain Malaysia Dapat Tawaran Hebat??

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang

Sudah kecoh diperkatakan tentang tawaran-tawaran kelab asing untuk beberapa pemain kebangsaan kita. Isu ini semakin hangat diperbualkan di laman-laman sosial oleh para peminat bola sepak di negara kita. Safee yang beraksi di Indonesia Super League (ISL) bersama Pelita Jaya dikhabarkan mendapat tawaran kelab Bundesliga Jerman, Safiq Rahim ke ISL, Amirul Hadi ke Liga Jepun (J League), dan terbaru Badrul Bakhtiar diintai kelab EPL, Wigan... Sejauh manakah kebenaran ini??

Senarai Pemain Pinjaman Bagi Pasukan-Pasukan Beraksi Dalam Piala Malaysia


Kelantan
  • Azamuddin Mohd Akil – Pahang FA
  • R. Surendran – Pahang FA
Kedah
  • Azmizi Azmi – Perlis FA
  • Bashahrul Abu Bakar – Harimau Muda A
Selangor
  • G.Jeevanathan – USM FC
  • Muhamad Nazri Ahmad – Harimau Muda B
  • Haziq Zikri Elias – Harimau Muda B
Perak
  • Mohd Hafiszuan Salehuddin – Perlis FA
  • Mohd Failee Mohamad Ghazli – USM FC
  • Muhammad Rafiuddin Roddin – Harimau Muda A)
T-Team
  • Mohd Jibrail Kamaron Baharin – Pos Malaysia FC
  • Mohd Fitri Omar – MP Muar FC
Johor FA
  • Mohd Redzuan Bin Nawi – USM FC
  • Ashadi Bin Mohd Yuso – ATM
  • Mohd Noraslan Bin Makhta – Pulau Pinang FA
Sarawak
  • Chung Keng Hong – ATM
  • Jaganathan Victor Arputharajoo – ATM
Felda United
  • K. Ravindran - Harimau Muda A
  • S. Sivanesan – Harimau Muda A
  • D. Saarvindran – Harimau Muda B (Hampir Pasti)
Negeri Sembilan
  • Munir Amran – Pahang FA
Terngganu 
  • Faizal Mohamad - Harimau Muda

9/8/11 : Honved Budapest 4-1 HARIMAU MUDA


Penjaring Gol : Wan Zack Haikal (55'), Ivancsics Gellert (9' penalti), Mahali Jasuli (33' Gol sendiri), Zelenka Likas (45'), Danilo De Oliveira (62')

Kesebelasan Malaysia : Khairul Fahmi, Zubir Azmi, Muslim Ahmad,  Fadhli Shas, K, Gurusamy, Fandi Othman, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal, Ferris Danial, Izzaq Faris.

HARIMAU MUDA MENENTANG KELAB DIVISYEN 1 HUNGARY MALAM INI


JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bakal menurunkan enam pemain kebangsaan dalam kese- belasan utamanya pada aksi menentang kelab Liga Divisyen Satu Hun- gary, Budapest Honved malam ini.
Ia merupakan aksi persahabatan keempat skuad B-22 negara itu dalam siri latihan sebulan di Slovakia selepas mereka cemerlang menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1 sebelum ini.
Satu-satunya perlawanan di luar Slovakia itu akan berlangsung di Budapest, Hungary, kira-kira tiga jam perjalanan dari kem latihan skuad negara di Zlate Moravce pada 5 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
Menurut Kim Swee, beliau akan mencuba kesebelasan bayangan bagi persiapan menghadapi aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di Tosu, Fu- kuoka tanpa Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani.

Skuad Negara Tumbang Kepada Selangor : Apa Alasan Raja?

Himpunan pemain terbaik yang dikumpulkan oleh Rajagopal untuk mewakili Malaysia tumbang di tangan pasukan dari Liga Super yang tidak menggunakan pemain import, Selangor. Malah pemain-pemain utama Selangor beraksi untuk Skuad Raja. Apakah maksud kekalahan ini? Sememangnya pemain-pemain yang dipilih Raja adalah antara pemain terbaik di Malaysia, namun dengan sentuhan strategi Raja mungkin menyebabkan kekalahan ini berlaku.

Ringkasan Pasukan-Pasukan Bertanding Piala Malaysia 2011

Setelah undian Piala Malaysia 2011 telah dibuat, kelihatan kelebihan dijangka berpihak kepada

25 Pemain Dipanggil Jalani Latihan Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Seramai 25 pemain termasuk pemain senior Norhafiz Zamani Misbah dipanggil untuk menjalani latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Selain Norhafiz, turut dipanggil ialah penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali dan ketua pasukan Safiq Rahim.