Kelantan bakal beraksi tanpa kelibat Norshahrul Idlan Talaha

Kelantan terpaksa mengenepikan khidmat pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan suku akhir kedua di Kota Bharu  setelah beliau digantung akibat menerima kad merah pada perlawanan di Shah Alam kelmarin. Perlawanan suku akhir pertama yang berkesudahan seri tanpa jaringan membuatkan jurulatih pasukan Kelantan bakal mencongak strategi menyerang untuk mencari gol awal kerana pasukan bimbinganya tiada kelebihan berdasarkan jaringan di tempat lawan. Ketua Jurulath Selangor, K. Devan pula nampak yakin untuk mengatasi Kelantan pada perlawanan akan datang kerana pasukanya hanya memerlukan keputusan seri 1-1 untuk mengecewakan Kelantan pada suku akhir kedua nanti menerusi jaringan gol di tempat lawan.